Saturday, April 10, 2010

SEJARAH GUARANA

Guarana adalah salah satu kandungan yang terdapat di dalam POWER DRINK KOPI HIJJAZ.



Dalam kajian botani, Guarana ditemui buat kali pertama pada Zaman Pertengahan di dalam hutan hujan Amazon (terutamanya dari kawasan Manaus dan Paratins). Ia tergolong sebagai species P. Cupana. Pemanjat tropika ini merupakan pohon saka bertangkai yang hidup dengan memanjat sehingga 12 meter tinggi pada pokok besar hutan Amazon untuk mencapai cahaya matahari.

Pada tahun 1821, ahli botani Dr. Bavplana dan Dr. Humboldt, menamakan tumbuhan ini sebagai Paullina Cupana. Orang asli Amerika pada mulanya menamakan sejenis tumbuhan yang menjalar pada pokok Paullina Cupana sebagai Guarana. Mengikut budaya orang asli Amerika, pokok Paullina Cupana merupakan warisan penting yang harus diturunkan daripada generasi masa depan. Orang asli Amerika menganggap Paullina Cupana sebagai sejenis pokok suci. Nama harum pokok suci ini boleh disusur galuri sejak zaman peperangan. Pada ketika itu orang asli Amerika menguyah biji benih Guarana untuk menguatkan badan mereka.

Di sepanjang kawasan Amazon, terdapat sebuah "Bandar Umur Panjang" bernama Maues yang terkemuka, yang mana purata jangka hayat populasinya melebihi umur 80 tahun. Oleh yang demikian, Maues telah dikenali sebagai Bandar Umur Panjang. Pemeriksaan teliti yang dibuat oleh para sarjana telah membawa kepada penemuan rahsia umur panjang ini. Rahsia ini adalah sejenis tumbuhan bernama Guarana yang terdapat di Maues. Selain mempunyai pemahaman yang mendalam terhadap kuasa ajaib Guarana, para penduduk di Maues dikurniakan kesihatan dan usia panjang.

Dikatakan apabila penduduk tempatan pergi memburu di dalam hutan, mereka akan membawa bersama biji benih Guarana untuk dikunyah. Dengan berbuat demikian, mereka tetap cergas biarpun tidak makan apa-apa pada hari keesokannya. Orang asli di Maues sebenarnya lebih kuat daripada oran g asli di tempat la in dari segi stamina, jasmani dan rohani. Mereka menggelar Guarana sebagai ubat awet muda. Kajian menunjukkan bahawa biji benih Guarana adalah sumber tenaga utama yang mempunyai fungsi menyembuh yang unik. Oleh yang demikian, orang asli Amerika menganggap biji benih Guarana sebagai "permata" bernilai tinggi yang boleh memberi kesihatan dan usia panjang.

0 comments: