Saturday, April 10, 2010

KHASIAT GUARANA

Guarana mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Pada masa sekarang, ia dianggap sebagai sejenis herba sedia ada yang telah dikenali pasti mempunyai nilai khasiat tertinggi. Ia kaya dengan guaranin, asid amino, bahan galian, vitamin, karbohidrat, tannin dan theine. Semua ini membantu penyerapan oleh tisu badan dan pengawetan kemudaan. Ia sesuai bagi sesiapa sahaja, tanpa mengira jantina atau umur. Tambahan pula, ia mudah diserap oleh badan manusia dan dengan itu menjadi makanan kesihatan fungsian yang dapat bertindak pantas. Inilah antara pelbagai ciri Guarana yang unik.

Khasiat Utama Guarana

Minerals : Kalium, Fosforus, Kalsium, Besi, Zink .
Vitamins : Vitamin B1, B2, B6, B12 dan E.
Amino Acids : Leucin, Lysin, Tyrosin, Methionin, Triptofan, Valin, Cystin, alanin, Asid Glutamik, Lysliusin, Serin, Arginin, Prolin, Glisin, Histidin, Phenylalanin, Asid Aspartik.
Guaranin : Asid Tanik, Alkaloid, Karbohidrat

Pengakuan Pakar
Sarjana Perancis Gonseiu Duhhjafa menyebut dalam sebuah laporan berjudul The Products of Guarana (Guarana, O Produto): "Guarana adalah 100% organik. Ia mengandungi sebilangan besar bahan organic seperti guaranin dan tannin yang baik kepada badan manusia. Dengan ini, ia mendapat nama harum sebagai ubat awet muda. Ia kaya dengan guaranin yang boleh diserap oleh badan manusia secara perlahan. Pentadbiran Pemakanan dan Perubatan (FDA) Amerika Syarikat, selain Institut Pasteur, telah mengiktiraf Guarana sebagai makanan kesihatan semula jadi."

Dr. Berredo Carneiro dari Brazil, sarjana Eropah seperti Dr. Martins Deehastelus, Peekalt Greene dan Dr. Nirsleiner mengesahkan dalam laporan kajian mereka bahawa: "Guarana mempunyai kemujaraban yang mengagumkan. Ia mempunyai kesan diuretik dan hipotemia, baik bagi perut dan usus, selain dapat meningkatkan pencernaan, penyerapan nutrien dan keupayaan seks. Ia juga menggalakkan metabolisme organ badan dan memperbaiki tisu organ dalaman."

Ahli biokimia Paul De Cointe menjelaskan: "Guarana adalah sejenis ubat penenang saraf yang dapat melegakan ketegangan. Ia sejenis buah yang dapat mencegah arteriosklerosis, menguatkan jantung, berkesan terhadap sakit kepala dan neuralgia."

Dr. Anna Aslan, seorang doctor berwibawa dalam bidang penuaan berkata: "Guarana adalah kunci awet muda dan sumber tenaga keremajaan yang utama."

Ahli farmasi Alexandre de Avila Borges Junior mengesahkan bahawa: "Guarana yang ditanam di Brazil adalah sejenis makanan kesihatan semula jadi yang boleh diambil dengan selamat tanpa sebarang kekhuatiran terhadap ketagihan." Beliau turut bersetuju dengan kenyataan Dr. Aslan bahawa Guarana memberi sumbangan kepada kemudaan orang Brazil.

0 comments: