Monday, July 25, 2011

Carta Organisasi Terkini Dinar Muamalat

Ini adalah carta organisasi terkini Dinar Muamalat. Leader Muafakat semakin mantap menerajui Dinar Muamalat dan Dinar Hijjaz. AYUH MARI SERTAI DINARHIJJAZ melalui Muafakat Group.

Leader-leader Muafakat Group telah mendapat kepercayaan syarikat untuk dilantik di dalam organisasi Dinar Mualamat dengan peranan-peranan yang pelbagai dan penting. Diharapkan perlantikan ini akan merangsang Muafakat Group untuk bekerja lebih keras bagi menaikkan lagi DinarHijjaz.

AYUH MARI BERMUAMALAT BERSAMA HIJJAZ MELALUI MUAFAKAT GROUP. BERBALOI.

Tuesday, May 17, 2011

Muafakat Group gempur Perak

SYABAS kepada Leader Zunaidi, Leader Ramli dan Leader Shahril yang telah bersama Muafakat Group Zon Utara yang telah menggempur Perak.


Setiausaha Koperasi (Saudara Malek) sedang ditemubual oleh DJ. Dua bodyguard ada kat belakang tu Leader Zunaidi & Leader Ramli - tunggu giliran untuk sesi soal jawab.


Annggota Hijjaz sedang sibuk melayan pelanggan dan mempromosi gerai DinarHijjaz.


Leader Ramli & Zunaidi buat apa tu. Bernasyidlah sikit, nie bukan sesi fotografi.


Penyanpaian cenderahati dan sijil kepada YAB Menteri Besar Perak, sempena lawatan beliau ke gerai DinarHijjaz. Sijil dan cenderahati disampaikan oleh Malek dan Ismen.


Kenangan Leader Shahril ngan Hijjaz. Posinglah sikit Shah.

Apa pun TAHNIAH dan SYABAS. Semoga Muafakat Group akan terus berkembang ke pelusuk Malaysia. Lepas nie kita gempur Terengganu dan Kedah.

Monday, February 28, 2011

KEMPEN MEGA GERAK USAHAWAN DINARHIJJAZ






Kempen mega gerak usahawan DinarHijjaz kini bermula. Tawaran mobile stokis hanya RM500 sahaja . Jangan lepaskan peluang anda. Hubungi kami segera.
(KL/Selangor :-019-8806469 : Yusra)

Thursday, January 13, 2011

BICARA CEO 3

MISI KOPERASI (KMBTB)

Salam kepada semua ahli DHN dan ahli Koperasi .

Terima kasih kepada semua atas sokongan yang diberikan kepada koperasi kita . Kepada yang belum menjadi ahli koperasi , segeralah menjadi ahli dengan yuran keahlian Cuma RM20 seumur hidup . Kemudian diwajibkan masuk modal syer asas koperasi sebanyak RM500 dalam masa 3 bulan. Ada yang bertanya kenapa dalam masa tiga (3) bulan?. Ini adalah kerana masa 3 bulan insyallah adalah cukup untuk ahli berusaha mencari modal syer asas RM500. Untuk berniaga , keupayaan dan kebolehan untuk mencari dana adalah antara pra-syarat utama memulakan apa jua jenis perniagaan. Buat masa ini, ahli boleh mencari modal tersebut melalui gerakan DinarHijjaz. Hubungilah stokis – stokis dan upline anda untuk bimbingan perniagaan.

Kali ini saya ingin mengambil kesempatan dengan menulis sedikit pandangan tentang MISI koperasi kita yang ke 3 iaitu menyokong agenda mewujudkan ‘high income nation’ atau masyarakat yang berpendapatan tinggi . Misi yang pertama dan ke-dua belum ditulis lagi ye ..:)

Terdapat banyak kaedah atau cara yang boleh dilakukan oleh individu untuk menambah pendapatan. Ada yang berniaga , bekerja lebih masa, bertukar kerja dan macam macam cara lagi .

Di KMBTB, konsep yang digunapakai untuk mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi ialah dengan cara mewujudkan ‘multiple source of income (MSI) ’ atau dengan kata lain ‘ memperbanyakkan punca pendapatan’.

Mungkin cara terbaik untuk menerangkan konsep MSI ini ialah dengan meminjam konsep CashFlow Quadrant oleh Jutawan Robert Kiyosaki . Saya sendiri sering menggunakan konsep cashflow quadrant ini didalam pembentangan kertas kerja saya .

Cash Flow Kuadrant ( Petak Aliran Tunai )

E : B
------------
S : I

Di sebelah kiri , terdapat Kuadrant (Petak) E dan S . E mewakili ‘Employee’ atau golongan pekerja . Kebanyakan kita semua bermula dari ‘E’ atau dengan kata lain ‘Makan gaji’ .

Daripada makan Gaji , kita boleh bermula untuk langkah ke MSI (menambah pendapatan) dengan pergi ke petak – petak lain iaitu S (Self-employed atau Bekerja sendiri) , I ( Investor atau Pelabur) , atau B ( Business Owner atau Tuan Punya Perniagaan).

Sebagai analogi mudah, kita misalkan seorang guru bernama Cikgu Siti ingin menambah pendapatan beliau sebagai seorang guru . Cikgu Siti sekarang berada di petak ‘E’ , makan gaji dengan kerajaan. Sebagai langkah pertama, Cikgu Siti telah mendaftar sebagai ahli Koperasi KMBTB . Setelah berfikir , beliau ingin membuat gerakan pertama menambah pendapatan dengan ke petak S . Sebagai permulaan, beliau tidak lagi berhenti bekerja , tetapi mengambil salah satu program gerak usahawan didalam Koperasi iaitu Program Stokis DinarHijjaz.

Dengan cara ini, Cikgu Siti kini dapat menambah pendapatan dengan konsep ‘S” , bekerja sendiri dan menambah pendapatan beliau. Alhamdulilah , dengan bayaran bonus dua kali sebulan dan pendapatan runcit lain, pendapatan Cikgu Siti telah bertambah .


Seterusnya , Cikgu Siti boleh menambah lagi pendapatan beliau dengan bergerak ke petak ‘I’ ( Investor atau Pelabur) . Cikgu siti membuat langkah bijak dengan melabur didalam Koperasi KMBTB. Beliau melabur RM10 ribu didalam projek koperasi . Sebagai pulangan , Cikgu Siti akan memperolehi keuntungan dengan sama – sama menggunakan produk koperasi di samping menjual produk koperasi .

Lagi cepat produk habis dijual , lagi cepat pulangan pelaburan beliau dapat.
Cikgu Siti sekarang telah berada di tiga petak iaitu ‘E’,’S’ dan ‘I’ . Kini beliau ingin bergerak kepetak terakhir iaitu ‘B’ (Business owner & Tuan Punya Perniagaan) . Cikgu Siti faham bahawa petak ‘B’ selalunya memerlukan modal yang besar dan pelaburan didalam ‘B’ baik dilakukan dalam kumpulan (TEAM) .

Oleh itu, beliau akan membuat pelaburan didalam ‘B’ bersama Koperasi . Koperasi akan membuka Kedai Halal Pertama dan beliau sebagai ahli koperasi dan membuat pelaburan didalam koperasi akan bergerak bersama koperasi kepetak ‘B’ .

Dengan ini , Cikgu Siti kini dapat menambah pendapatan beliau dengan cara berkoperasi . Sebagai ahli Koperasi KMBTB, kita boleh menambah pendapatan dengan berada dimana – mana petak , tidak semestinya ke semua petak . Setiap petak memerlukan ilmu dan ‘skills set’ yang tertentu . Belajarlah , tambah lah ilmu untuk berada dimana – mana petak dan menjana keuntungan .

Selamat Maju Jaya .

Saturday, December 11, 2010


Silalah layari
http://kmbtb.blogspot.com/
untuk mendapat maklumat terkini aktiviti Koperasi Muamalat Bersatu Terengganu Berhad.

Wednesday, November 24, 2010

Website www.dinarhijjaz.com

Semua ahli DHN. website dah boleh diguna semula. Jom buat maintain & cari rakan DHN yang baru.

Sunday, November 21, 2010

Website www.dinarhijjaz.com (PENTING)

PENGUMUMAN PENTING

Tarikh: 19 November 2010

Masa: 11.40am
Website www.dinarhijjaz.com sedang dalam urgent maintenance dan backup. Ia akan mengambil masa agak lama.
Sesabaran anda semua amat dihargai dan segala kesulitan amat dikesali.


Terima kasih.
sumber : http://www.dinarhijjaz.com.my

Saturday, November 20, 2010

Bicara CEO - PENTING

Salam sejahtera kepada semua ahli DHN dan warga koperasi.

Satu mesyuarat ahli lembaga Koperasi telah diadakan di Pejabat Koperasi di Kuala Terengganu pada 14 Nov 2010.

Antara agenda penting mesyuarat ialah untuk meluluskan usul penubuhan WISMA Koperasi Muamalat Bersatu Terengganu Berhad di kawasan perniagaan Paya Keladi , Kuala Terengganu.

Mesyuarat telah meluluskan usul untuk penubuhan WISMA Koperasi dan dijangka akan mula beroperasi pasa bulan March 2011. Proses penyewaan seperti perjanjian sewaan dengan Tuan kedai sedang dijalankan dan kerja - kerja Renovasi akan bermula pada bulan February 2011.

Penubuhan WISMA empat tingkat tersebut, dijangka dapat mempercepatkan lagi usaha - usaha koperasi yang lain terutamanya agenda terpenting koperasi iaitu 'MUAMALAT' sesama ahli koperasi .

Untuk membantu koperasi menjana pendapatan , satu MOU akan diadakan dengan sebuah syarikat Textiles tempatan , yang juga ahli Koperasi dan ahli DinarHijjaz ,untuk membantu koperasi dalam perniagaan Trading . Syarikat tersebut akan memberi bantuan dana , stok barangan serta kepakaran dan pengalaman untuk koperasi mula menjalankan perniagaan pertamanya .Bantuan pertama dianggarkan berjumlah RM300-500 ribu.

Kemudiannya, Koperasi akan menggunakan Tingkat 3 Wisma Koperasi untuk Projek 'Retail Training' . Satu MOU akan diadakan untuk Koperasi menjalankan perniagaan dalam bidang latihan dalam bidang Peruncitan . Koperasi akan mengeluarkan tenaga terlatih dalam bidang peruncitan , yang mana latihan boleh di jalankan di kedai - kedai Koperasi. Koperasi dijangka dapat membantu membekalkan Tenaga Terlatih dalam bidang Peruncitan kepada Negara ...selari dengan Konsep koperasi sebagai Koperasi Pengguna.

Insyallah, apabila kedai konsep koperasi ini berjaya di Franchaiskan...para ahli yang mengambil Franchais tiada masalah dalam soal sumber tenaga kerja ..kerana telah tersedia melalui projek Latihan Koperasi.

Seterusnya, Koperasi akan mula menjalankan Gerak Usahawan bersama ahli koperasi.Ahli boleh memilih untuk meyertai Gerak usahawan bersama Projek fashion & Textiles atau Gerak ushawan bersama DinarHijjaz.

Insyallah, selepas itu...banyak lagi pergerakan yang akan dijalankan oleh koperasi.

Marilah kita bersama Menyokong Koperasi Kita .

Wassalam.

Saturday, November 6, 2010

BICARA CEO 2

KOPERASI KITA

Salam Sejahtera kepada semua ahli DHN .

Seperti yang semua ahli DInarHIjjaz sedia maklum bahawa satu koperasi ahli DinarHijjaz telah ditubuhkan dengan nama Koperasi Muamalat Bersatu Terengganu Berhad. Mungkin ramai antara ahli DinarHijjaz yang masih tertanya - tanya akan berita terkini koperasi,tak kurang juga ramai yang bertanya kepada saya apakah fungsi dan aktiviti bakal dijalankan oleh Koperasi.

Ahli lembaga penubuhan koperasi telah bermesyuarat dan melantik beberapa orang sebagai ahli lembaga pengurusan koperasi. Ahli lembaga Pengurusan adalah seperti berikut;

a) Pengerusi - Ustaz W Zakaria Wan Osman
b) Naib Pengerusi - Encik Ismen Nadim Isam ( Ketua Kumpulan Hijjaz)
c) Setiausaha - Encik Malik Saifullizam RAzak
d) Bendahari - ENcik Syed Amir Farhan

Keahlian Koperasi.
+++++++++++++

Keahlian koperasi kini dibuka kepada semua ahli DinarHIjjaz. Yuran kemasukan sebanyak RM20 seumur hidup untuk Ahli DinarHijjaz manakala bukan ahli sebanyak RM20 setahun. Ahli boleh membeli saham syer dalam Koperasi iaitu sebanyak RM500 untuk satu modal syer. Ahli boleh membeli lebih daripada RM500 per syer.

Pihak koperasi berazam untuk membayar dividen antara 12% - 20% setahun .

Projek - Projek Koperasi.
=================

Pihak koperasi akan merangka pelbagai aktiviti dan perniagaan yang berdaya maju.
Antaranya ialah mengeluarkan produk - produk yang bermutu untuk dipasarkan melalui DInarHijjaz. Pihak koperasi sedang didalam proses untuk mengeluarkan satu produk kesihatan yang dijangka akan dapat membantu semua ahli DinarHijjaz dalam pelbagai aspek jualan dan pemasaran .

Antara Projek lain yang dikenalpasti adalah seperti ;

a) Restoran & Kopitiam 'Hijjaz'
b) Resort & Training Centre 'Hijjaz'
c) Production House untuk keluaran Video Clip Hijjaz
d) Memiliki saham didalam DinarHijjaz
e) Strategik Partnership dengan Koperasi - koperasi lain.

Insyaallah, dengan kerjasama semua, Koperasi Muamalat Bersatu Terengganu berhad akan di tukarkan status ke koperasi global dengan nama Koperasi Muamalat Bersatu Malaysia Berhad . Dengan berkoperasi juga , bukan sahaja ahli boleh mendapat pulangan dividen, malah 'memiliki' projek dan syarikat milik Koperasi.

Sebarang pertanyaan tentang koperasi boleh di email ke my.kmbtb@gmail.com .

Setiausaha Koperasi.


BICARA CEO 1

15 BILLION UNTUNG , 28 RIBU OUTLET, AKAN BANKRAP JIKA...

Salam sejahtera kepada semua ahli DHN .

Ketika menulis blog ini saya berada di Tregganu dan pada sebelah petang tadi saya sempat berbual dan berdiskusi dengan Cikgu Md Nor yang pernah menjadi guru saya semasa di Tingkatan 3 dulu . Beliau adalah seorang guru Sains yang sangat berdedikasi dan juga seorang sangat kelakar..bagi saya. Kalau berjumpa beliau , pasti ada saja joke joke terbaru beliau . Beliau bukan saja seorang guru Sains, malah seorang leader MLM yang hebat suatu masa dulu . Beliau adalah antara orang terawal dalam AMWAY & DIRECT CIRCLE di negeri Trengganu serta menjalankan program 'TRAIN THE TRAINER' bagi pihak syarikat.

Apa yang menarik perhatian saya ialah isu yang dibangkitkan oleh beliau tentang pemakanan masakini. Beliau mengambil contoh makanan Fast Food yang tidak bagus untuk kesihatan seperti McDonald yang kini telah dibuka di Kuala Trengganu dan akan dibuka dibanyak lagi lokasi di Negeri Terengganu.

Sebut pasal McDonald, saya menokok tambah sedikit tentang antara syarikat yang paling berjaya didunia tersebut. Keuntungan McDonald pada tahun 2000 lebih kurang 15 billion USD dengan Outlet lebih 28,000 buah diseluruh dunia . Namun begitu , pada tahun 2002, McDonald mencatat kerugian pertama dalam sejarah penubuhannya sejak 1954.

Kerugian tersebut adalah kecil dari segi dollar tapi tersangat besar dari segi impak moral dan culture kepada McDonald . Mereka lantas membelanjakan jutaan ringgit untuk mengkaji sebab kerugian tersebut.

Kajian kerugian mendapati McDonald tidak rugi dari segi operasi,supply chains dan lain - lain perkara . Faktor utama kerugian ialah kerana 'TRANSFORMASI PEMAKANAN' di USA .

di Amerika , Obesity atau kegemukan telah menjadi 'National Krisis' dan McDonald telah menjadi antara penyebab masalah tersebut.

Pesaing - pesaing McDonald seperti SubWay , Bojangles telah memperkenalkan 'Heathy fast Food' konsep yang telah memenangi 'The highest Customer Satisfaction ' di Amerika sedangkan McDonald masih lagi dengan konsep peluasan outlet di Seluruh dunia .

TRANSFORMASI PEMAKANAN sedang berlaku dimana orang ramai kini mahukan makanan yang organik, sihat, tiada racun tersembunyi dan berkhasiat maksimum. TRANSFORMASI ini pasti akan mewujudkan banyak peluang peluang bisnes dan keushawanan yang baru .

HPA sebagai contoh telah mengambil langkah bijak dengan melahirkan 'RADIX CAFE' dengan konsep pemakanan yang sihat . Tetapi , itu belum cukup . Orang ramai mahukan pilihan . Banyak pilihan mesti diwujudkan dipasaran .

Di Amerika sebagai contoh terdapat banyak pilihan. Ada beratus ratus Restoran ALA KFC ..dan KFC adalah antara yang paling tak sedap di USA (pendapat saya) . Ada beratus Fast Food ala McDonald ..dan saya lebih suka Bojangles ( di Charlotte, North Carolina) berbanding MC Donald .

Insyaalah. Mungkin di masa hadapan melalui Koperasi kita, tidak mustahil satu lagi Pilihan Fast Food akan lahir di Malaysia..milik kita , dengan makanan yang menyihatkan bukan menggemukkan...sekian.

Sokonglah Koperasi Kita , Bersama Menuju Kejayaan.

Wassalam.