Saturday, April 10, 2010

LAGI TENTANG UBI BIT MERAH

Red beet - Ubi yang punya seribu khasiat

Beet Merah (red Beet) sebagaimana ia dikenali di Amerika Syarikat atau akar beet (Beetroot) di kepulauan British dan Eropah merupakan sejenis Ubi yang banyak ditanam orang sejak berkurun-kurun yang lalu.

Ia bukan sahaja dijadikan makanan bagi manusia dan haiwan disana, malah pada waktu-waktu tertentu ia digunakan sebagai ubat untuk penyakit-penyakit tertentu.

Red Beet atau Ubi Bit Merah mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Sejak beberapa kurun yang lalu ia cukup terkenal sebagai ubat bagi penyakit demam kuning serta beberapa penyakit lain.

Beet Merah yang tumbuh secara semulajadi mempunyai khasiat yang amat bernilai tinggi dari segi kesihatan. Manisnya yang semulajadi dan kandungan galian yang terdapat dalam beet Merah dapat dijadikan penawar kesihatan yang berkesan kepada manusia.

Hasil kajian beberapa orang saintis, beet Merah amat sesuai dijadikan makanan tambahan bagi orang yang perihatin terhadap dan berhasrat menjaga kesihatan diri.

Dalam "Encyclopedia of Healting Juice", Dr John Heinerman menyebut, Beet Merah boleh membantu menambahkan darah dan membersihkannya secara semulajadi melalui kandungan galian dan gula natural yang terdapat didalam ubi beet tersebut.

Sebuah artikel bertarikh 27hb. Februari 1996 bertajuk "Issue of cancer" mengatakan Beet Merah baik untuk mencegah berlakunya Kanser (Barah). Pendapat dan pandangan yang sama turut dikemukakan ole Hugo Schulz, seorang ahli Farmasi dari Jerman, melalui hasil kajian akademiknya pada tahun 1964 dan H O Kleine, pakar Kanser dari Jerman, yang membuat kajian pada tahun 1983.

InsyaAllah berkesan terhadap kesihatan anda dan keluarga anda dan sahabat handai.

0 comments: