Saturday, November 6, 2010

BICARA CEO 1

15 BILLION UNTUNG , 28 RIBU OUTLET, AKAN BANKRAP JIKA...

Salam sejahtera kepada semua ahli DHN .

Ketika menulis blog ini saya berada di Tregganu dan pada sebelah petang tadi saya sempat berbual dan berdiskusi dengan Cikgu Md Nor yang pernah menjadi guru saya semasa di Tingkatan 3 dulu . Beliau adalah seorang guru Sains yang sangat berdedikasi dan juga seorang sangat kelakar..bagi saya. Kalau berjumpa beliau , pasti ada saja joke joke terbaru beliau . Beliau bukan saja seorang guru Sains, malah seorang leader MLM yang hebat suatu masa dulu . Beliau adalah antara orang terawal dalam AMWAY & DIRECT CIRCLE di negeri Trengganu serta menjalankan program 'TRAIN THE TRAINER' bagi pihak syarikat.

Apa yang menarik perhatian saya ialah isu yang dibangkitkan oleh beliau tentang pemakanan masakini. Beliau mengambil contoh makanan Fast Food yang tidak bagus untuk kesihatan seperti McDonald yang kini telah dibuka di Kuala Trengganu dan akan dibuka dibanyak lagi lokasi di Negeri Terengganu.

Sebut pasal McDonald, saya menokok tambah sedikit tentang antara syarikat yang paling berjaya didunia tersebut. Keuntungan McDonald pada tahun 2000 lebih kurang 15 billion USD dengan Outlet lebih 28,000 buah diseluruh dunia . Namun begitu , pada tahun 2002, McDonald mencatat kerugian pertama dalam sejarah penubuhannya sejak 1954.

Kerugian tersebut adalah kecil dari segi dollar tapi tersangat besar dari segi impak moral dan culture kepada McDonald . Mereka lantas membelanjakan jutaan ringgit untuk mengkaji sebab kerugian tersebut.

Kajian kerugian mendapati McDonald tidak rugi dari segi operasi,supply chains dan lain - lain perkara . Faktor utama kerugian ialah kerana 'TRANSFORMASI PEMAKANAN' di USA .

di Amerika , Obesity atau kegemukan telah menjadi 'National Krisis' dan McDonald telah menjadi antara penyebab masalah tersebut.

Pesaing - pesaing McDonald seperti SubWay , Bojangles telah memperkenalkan 'Heathy fast Food' konsep yang telah memenangi 'The highest Customer Satisfaction ' di Amerika sedangkan McDonald masih lagi dengan konsep peluasan outlet di Seluruh dunia .

TRANSFORMASI PEMAKANAN sedang berlaku dimana orang ramai kini mahukan makanan yang organik, sihat, tiada racun tersembunyi dan berkhasiat maksimum. TRANSFORMASI ini pasti akan mewujudkan banyak peluang peluang bisnes dan keushawanan yang baru .

HPA sebagai contoh telah mengambil langkah bijak dengan melahirkan 'RADIX CAFE' dengan konsep pemakanan yang sihat . Tetapi , itu belum cukup . Orang ramai mahukan pilihan . Banyak pilihan mesti diwujudkan dipasaran .

Di Amerika sebagai contoh terdapat banyak pilihan. Ada beratus ratus Restoran ALA KFC ..dan KFC adalah antara yang paling tak sedap di USA (pendapat saya) . Ada beratus Fast Food ala McDonald ..dan saya lebih suka Bojangles ( di Charlotte, North Carolina) berbanding MC Donald .

Insyaalah. Mungkin di masa hadapan melalui Koperasi kita, tidak mustahil satu lagi Pilihan Fast Food akan lahir di Malaysia..milik kita , dengan makanan yang menyihatkan bukan menggemukkan...sekian.

Sokonglah Koperasi Kita , Bersama Menuju Kejayaan.

Wassalam.

0 comments: