Saturday, November 6, 2010

BICARA CEO 2

KOPERASI KITA

Salam Sejahtera kepada semua ahli DHN .

Seperti yang semua ahli DInarHIjjaz sedia maklum bahawa satu koperasi ahli DinarHijjaz telah ditubuhkan dengan nama Koperasi Muamalat Bersatu Terengganu Berhad. Mungkin ramai antara ahli DinarHijjaz yang masih tertanya - tanya akan berita terkini koperasi,tak kurang juga ramai yang bertanya kepada saya apakah fungsi dan aktiviti bakal dijalankan oleh Koperasi.

Ahli lembaga penubuhan koperasi telah bermesyuarat dan melantik beberapa orang sebagai ahli lembaga pengurusan koperasi. Ahli lembaga Pengurusan adalah seperti berikut;

a) Pengerusi - Ustaz W Zakaria Wan Osman
b) Naib Pengerusi - Encik Ismen Nadim Isam ( Ketua Kumpulan Hijjaz)
c) Setiausaha - Encik Malik Saifullizam RAzak
d) Bendahari - ENcik Syed Amir Farhan

Keahlian Koperasi.
+++++++++++++

Keahlian koperasi kini dibuka kepada semua ahli DinarHIjjaz. Yuran kemasukan sebanyak RM20 seumur hidup untuk Ahli DinarHijjaz manakala bukan ahli sebanyak RM20 setahun. Ahli boleh membeli saham syer dalam Koperasi iaitu sebanyak RM500 untuk satu modal syer. Ahli boleh membeli lebih daripada RM500 per syer.

Pihak koperasi berazam untuk membayar dividen antara 12% - 20% setahun .

Projek - Projek Koperasi.
=================

Pihak koperasi akan merangka pelbagai aktiviti dan perniagaan yang berdaya maju.
Antaranya ialah mengeluarkan produk - produk yang bermutu untuk dipasarkan melalui DInarHijjaz. Pihak koperasi sedang didalam proses untuk mengeluarkan satu produk kesihatan yang dijangka akan dapat membantu semua ahli DinarHijjaz dalam pelbagai aspek jualan dan pemasaran .

Antara Projek lain yang dikenalpasti adalah seperti ;

a) Restoran & Kopitiam 'Hijjaz'
b) Resort & Training Centre 'Hijjaz'
c) Production House untuk keluaran Video Clip Hijjaz
d) Memiliki saham didalam DinarHijjaz
e) Strategik Partnership dengan Koperasi - koperasi lain.

Insyaallah, dengan kerjasama semua, Koperasi Muamalat Bersatu Terengganu berhad akan di tukarkan status ke koperasi global dengan nama Koperasi Muamalat Bersatu Malaysia Berhad . Dengan berkoperasi juga , bukan sahaja ahli boleh mendapat pulangan dividen, malah 'memiliki' projek dan syarikat milik Koperasi.

Sebarang pertanyaan tentang koperasi boleh di email ke my.kmbtb@gmail.com .

Setiausaha Koperasi.


0 comments: