Thursday, January 13, 2011

BICARA CEO 3

MISI KOPERASI (KMBTB)

Salam kepada semua ahli DHN dan ahli Koperasi .

Terima kasih kepada semua atas sokongan yang diberikan kepada koperasi kita . Kepada yang belum menjadi ahli koperasi , segeralah menjadi ahli dengan yuran keahlian Cuma RM20 seumur hidup . Kemudian diwajibkan masuk modal syer asas koperasi sebanyak RM500 dalam masa 3 bulan. Ada yang bertanya kenapa dalam masa tiga (3) bulan?. Ini adalah kerana masa 3 bulan insyallah adalah cukup untuk ahli berusaha mencari modal syer asas RM500. Untuk berniaga , keupayaan dan kebolehan untuk mencari dana adalah antara pra-syarat utama memulakan apa jua jenis perniagaan. Buat masa ini, ahli boleh mencari modal tersebut melalui gerakan DinarHijjaz. Hubungilah stokis – stokis dan upline anda untuk bimbingan perniagaan.

Kali ini saya ingin mengambil kesempatan dengan menulis sedikit pandangan tentang MISI koperasi kita yang ke 3 iaitu menyokong agenda mewujudkan ‘high income nation’ atau masyarakat yang berpendapatan tinggi . Misi yang pertama dan ke-dua belum ditulis lagi ye ..:)

Terdapat banyak kaedah atau cara yang boleh dilakukan oleh individu untuk menambah pendapatan. Ada yang berniaga , bekerja lebih masa, bertukar kerja dan macam macam cara lagi .

Di KMBTB, konsep yang digunapakai untuk mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi ialah dengan cara mewujudkan ‘multiple source of income (MSI) ’ atau dengan kata lain ‘ memperbanyakkan punca pendapatan’.

Mungkin cara terbaik untuk menerangkan konsep MSI ini ialah dengan meminjam konsep CashFlow Quadrant oleh Jutawan Robert Kiyosaki . Saya sendiri sering menggunakan konsep cashflow quadrant ini didalam pembentangan kertas kerja saya .

Cash Flow Kuadrant ( Petak Aliran Tunai )

E : B
------------
S : I

Di sebelah kiri , terdapat Kuadrant (Petak) E dan S . E mewakili ‘Employee’ atau golongan pekerja . Kebanyakan kita semua bermula dari ‘E’ atau dengan kata lain ‘Makan gaji’ .

Daripada makan Gaji , kita boleh bermula untuk langkah ke MSI (menambah pendapatan) dengan pergi ke petak – petak lain iaitu S (Self-employed atau Bekerja sendiri) , I ( Investor atau Pelabur) , atau B ( Business Owner atau Tuan Punya Perniagaan).

Sebagai analogi mudah, kita misalkan seorang guru bernama Cikgu Siti ingin menambah pendapatan beliau sebagai seorang guru . Cikgu Siti sekarang berada di petak ‘E’ , makan gaji dengan kerajaan. Sebagai langkah pertama, Cikgu Siti telah mendaftar sebagai ahli Koperasi KMBTB . Setelah berfikir , beliau ingin membuat gerakan pertama menambah pendapatan dengan ke petak S . Sebagai permulaan, beliau tidak lagi berhenti bekerja , tetapi mengambil salah satu program gerak usahawan didalam Koperasi iaitu Program Stokis DinarHijjaz.

Dengan cara ini, Cikgu Siti kini dapat menambah pendapatan dengan konsep ‘S” , bekerja sendiri dan menambah pendapatan beliau. Alhamdulilah , dengan bayaran bonus dua kali sebulan dan pendapatan runcit lain, pendapatan Cikgu Siti telah bertambah .


Seterusnya , Cikgu Siti boleh menambah lagi pendapatan beliau dengan bergerak ke petak ‘I’ ( Investor atau Pelabur) . Cikgu siti membuat langkah bijak dengan melabur didalam Koperasi KMBTB. Beliau melabur RM10 ribu didalam projek koperasi . Sebagai pulangan , Cikgu Siti akan memperolehi keuntungan dengan sama – sama menggunakan produk koperasi di samping menjual produk koperasi .

Lagi cepat produk habis dijual , lagi cepat pulangan pelaburan beliau dapat.
Cikgu Siti sekarang telah berada di tiga petak iaitu ‘E’,’S’ dan ‘I’ . Kini beliau ingin bergerak kepetak terakhir iaitu ‘B’ (Business owner & Tuan Punya Perniagaan) . Cikgu Siti faham bahawa petak ‘B’ selalunya memerlukan modal yang besar dan pelaburan didalam ‘B’ baik dilakukan dalam kumpulan (TEAM) .

Oleh itu, beliau akan membuat pelaburan didalam ‘B’ bersama Koperasi . Koperasi akan membuka Kedai Halal Pertama dan beliau sebagai ahli koperasi dan membuat pelaburan didalam koperasi akan bergerak bersama koperasi kepetak ‘B’ .

Dengan ini , Cikgu Siti kini dapat menambah pendapatan beliau dengan cara berkoperasi . Sebagai ahli Koperasi KMBTB, kita boleh menambah pendapatan dengan berada dimana – mana petak , tidak semestinya ke semua petak . Setiap petak memerlukan ilmu dan ‘skills set’ yang tertentu . Belajarlah , tambah lah ilmu untuk berada dimana – mana petak dan menjana keuntungan .

Selamat Maju Jaya .